Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang bertujuan untuk membantu di dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti di negara Eropah dan yang lain.
Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Terdapat akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut supaya dipermudahkan segala urusan berkaitan demi pembangunan masyarakat yang baik. Fokus pertubuhan ini beberapa kali ditukar untuk merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum pembangunan masyarakat setempat.
Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan (SRS) rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.
Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.
Di Rukun Tetangga Taman Dato Senu juga terdapat unit- unit sokongan seperti Jiran Muda, Jiran Wanita , Jiran Usia Emas dimana segala maklumat dan focus serta peranan Rukun Tetangga ini sampai segenap lapisan umur masyarakat. Kami juga mempunyai unit - unit lain bagi menguruskan hal - hal lain seperti :
1. Urusetia Dewan - mengurus dan mentadbir segala urusan dewan
- Sila hubungi urusetia dewan untuk urusan sewaan atau sebagainya.
( Sila klik di menu utama - URUSETIA DEWAN )
2. Urusetia Silat ( Jiran Muda ) - Menguruskan segala urusan berkenaan dengan aktiviti mempelajari seni silat
yang akan di wujudkan.
( Sila hubungi Pengerusi Jawantankuasa Silat iaitu En.Razak Basiman untuk maklumat terkini )
3. Urusetia Kompang ( Ahli Rukun Tetangga ) - Menguruskan semua hal bagi urusan latihan dan aktiviti permainan
kompang bagi penduduk Taman Dato Senu atau jemputan dari luar.
kompang bagi penduduk Taman Dato Senu atau jemputan dari luar.
( Sila hubungi Pengerusi Jawatankuasa Kompang iaitu En.Husni Hussien bagi maklumat lanjut
mengenai hal - hal kompang.
Ahli Jawatankuasa Induk
Rukun Tetangga
Taman Dato Senu, Sentul
Kuala Lumpur